Kenyataan Media oleh Mantan Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang, YB Wong Hon Wai, di George Town, Pulau Pinang pada
14-4-2014
Mantan
Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang, YB Wong Hon Wai,
mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa tempoh perkhidmatan beliau sebagai
pengerusi telah berakhir pada 31-3-2014.
Jawatan Pengerusi yang baru akan disandang oleh Ketua Menteri Pulau
Pinang, YAB Lim Guan Eng.
EXCO
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan tersebut memandangkan
tempoh pengerusi telah berakhir dan
melantik Ketua Menteri yang menjaga EXCO Portfolio untuk Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan sebagai Pengerusi yang baru.
EXCO
turut melantik ahli-ahli Lembaga yang baru untuk tempoh dua tahun bermula 1-4-2014.
Ahli-ahli lembaga yang lama disambung
perkhidmatan mereka iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang
Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia,
pelukis Dato Tang Hon Yin, Prof Madya Datin Dr Mahani Musa, Prof Madya Dato Dr
K. Anbalakan, peguam Encik Lee Khai, Arkitek Ar. Ooi Bok Kim, Puan Rokiah bt
Ismail, Prof Madya Dr Tan Sooi Beng.
EXCO
turut melantik ahli-ahli Lembaga yang baru iaitu Dato Seri Nazir Ariff bin
Mushir Ariff, Arkitek Ar Lawrence Loh, Encik Rosli bin Sidek @ Joe Sidek.
YB
Wong merupakan Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang yang
ke-6 sejak Muzium ditubuhkan pada 1965. Beliau berkhidmat sebagai pengerusi
selama 5 tahun iaitu dari 3-6-2009 sehingga 31-3-2014.
Di bawah
pimpinan beliau, muzium telah mencatatkan sejarah dalam beberapa aspek antara
lainnya.
(a)
Sejak penubuhan muzium pada tahun 1965, hanya
terdapat 2 premis iaitu muzium di Lebuh Farquhar dan Balai Seni Lukis di Dewan
Sri Pinang. Pada 20-9-2010, Lembaga
Muzium telah menandatangani perjanjian sewaan selama 30 tahun dengan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang untuk menyewa premis 57, Jalan Macalister sebagai
cawangan Muzium. Pihak muzium telah menggunakan premis baru ini
untuk pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan dan pameran. Antara lainnya ialah
International Print Exhibition, Pameran Muzik 1940an, Upacara 46 tahun
ulangtahun Muzium dan aktiviti “A night at the Museum”.
(b)
Lembaga
Muzium turut memperkuatkan sayap penerbitan dengan menerbitkan melebihi 10 buku
dan juga menerbitkan laporan tahunan pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Kali
terakhir laporan tahunan diterbitkan ialah pada tahun 1993.
(c)
Balai Seni Lukis Pulau Pinang turut menambah
koleksi lukisan. Pada tahun 2010 dan
2011, tambahan koleksi artwork ialah 310 buah karya. Ini merupakan rekod tertinggi dalam sejarah
Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Jumlah keseluruhan koleksi lukisan dari tahun
1965 hingga 2013 ialah 836 buah karya. Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri melalui Ketua
Menteri YAB Lim Guan Eng telah mengumumkan peruntukan RM500 ribu sebagai dana
perolehan lukisan pelukis tempatan untuk menambahkan koleksi tetap balai dan
memberi galakan kepada pelukis tempatan.
YB
Wong turut mengucapkan terima kasih kepada aktivis seni, pelukis, budayawan dan
seniman serta pihak media yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada beliau
dalam melaksanakannya sebagai Pengerusi Lembaga Muzium Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment